SEJARAH PENUBUHAN KESATUAN
- 1993 - Persatuan mula dicadangkan tetapi tidak mendapat sambutan.
- 1994 - Cadangan ini timbul semula, ada beberapa orang kakitangan Jabatan Pertanian telah mengadakan perjumpaan tetapi masih tidak mendapat sambutan.
- 10/10/1981 - Bertempat di Dewan Pusat Latihan Pertanian, Tuaran. Mesyuarat diadakan untu membentuk AJK penaja, yang telah dihadiri seramai 63 orang. Saudara Maltras Siahan dipilih sebagai Pengerusi Penaja. Dengan tertubuhnya badan penaja ini, kakitangan Jabatan dari pantai barat, Tawau, Sandakan, Kudat, Pedalaman dan Labuan telah memberi sokongan sehinggalah persatuan ini didaftar dan Saudara Badai Awok dipilih sebagai Yang Dipertua Penaja.
- 19/02/1983 - Mesyuarat Pertama Persatuan Kakitangan Pertanian Sabah telah diadakan yang dirasmikan oleh YB. Haji Abdul Malek Chua (Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan). Presidennya yang pertama adalah Saudara Maltras Siahan.
- 18/02/1984 - Satu majlis dialog diadakan diantara AJK Pusat Persatuan dengan Datuk Pengarah Pertanian. Dalam masa ini juga cadangan 'Persatuan' hendak dijadikan 'Kesatuan' sebahagian yang lain menentang dan sebahagian menyokong.
- 08/08/1984 - Mesyuarat Agung Kedua telah diadakan. Dalam Persidangan ini, Persatuan dijadikan Kesatuan telah dibahaskan dan kali ini barulah mendapat sokongan. Presidennya adalah Saudara Matlan V. Gamalie.
- 05/10/1985 - Mesyuarat Agung Ketiga telah diadakan dan Saudara Badai Awok telah dipilih sebagai Presiden Persatuan.
- 20/06/1988 - Nama 'Kesatuan' telah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Kesatuan di Kuala Lumpur.
- 22/10/1988 - Sejak nama Persatuan diganti dengan Kesatuan iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Pertanian Sabah atau yang lebih dikenali sebagai SADEU (Cawangan Tuaran) yang pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 22/10/1988, Jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan ARC Tuaran yang dihadiri seramai 60 orang ahli.
1990 - Kini - SADEU telah berkembang dengan pesatnya yang telah diterajui oleh pemimpin-pemimpin (YDP) yang berkaliber seperti ;
Sdra. Johny Vitalis 1990 - 2000
Sdra. Anjun Hj. Abd. Majid - 2000 - 2008
Sdra. Danilo Batin - 2008 - 2014
Sdra. Muanam Majato - 2014 - Sehingga kini